Sabtu, 20 Mac 2010

belajar...kerja...belajar...kerja...

Kalau nak tahu sebelum bekerja sebagai pendidik, aku pernah bekerja sebagai data entry clerk di sebuah organisasi yang berpusat di hospital kerajaan. Kerja ini pun sungguh mencabar kerana terpaksa melayan pelbagai kerenah pelanggan. Apa yang penting dalam keadaan emosi bagaimanapun, harus sabar. Itu jer kuncinya. Client is owes rite bak kata org walaupun kdg2 kurang nak rite skit. Komunikasi itu penting. Harus dijaga. Kira setahun lebih juga la bekerja di ofis ni sebelum dpt tawaran masuk ke maktab.

Alam belajar di maktab pun sungguh mencabar. Disebalik cabaran itu, ada rakan2 yang sehati sejiwa (bukan sehati berdansa)... Disebabkan aku lewat masuk maktab, kebanyakan rakan2 memanggilku kakak. Rasa org penting la pulak (perasan)...hehehhe...aku bukan setakat teman, tapi pendengar masalah adik2 ini tentang cinta...lenguh juga mendengar...but frens r forever...apa yg termampu aku tolong nasihatkan...kalau tak betul aku tegur...Mcm2 la kisah rakan2 dan diriku yang masih terngiang2 dan terbayang2 sehingga ke hari ini...Nak diceritakan semua, nanti jadi buku pulak...hehehehe..

"Selamat petang cikgu". Itu ucapan sekarang sebab mengajar sesi petang. Di sekolah yang lama (daerah Selangau) "selamat pagi cikgu". Dulu di luar bandar sekarang di bandar. Sungguh ketara perbezaannya. Bagi aku semua sekolah itu sama,  cuma yang membezakannya bagaimana orang di dalam sekolah itu mentadbirnya. Budak2 pulak, memang amat berbeza. 

Nak cerita pengalaman pertama mengajar di luar bandar dulu memang satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Masa itulah aku sedar betapa besarnya pengorbanan seorang guru yang ikhlas mengajar anak bangsa yang berada jauh diceruk. Aku tahu bahawa ada rakan2 lain yang lebih sukar lagi penempatan mereka mengajar daripada aku. Mendengar pengalaman2 yang diceritakan oleh rakan2 lain, sesungguhnya aku jauh lebih beruntung daripada mereka. Kenapa tidak, sebabnya tempat pertama aku ditempatkan dulu tidaklah sesukar mana. Tetapi sukar kepada mereka yang tak pernah dan tak mahu merasa kesusahan itu..Kalau semuanya bagus, hidup tiada cabaran, tiada cabaran tiadalah pengalaman....dan hidup pasti membosankan...

Aku pernah menaiki perahu. Pengalaman pertama. Memang gerun sebab tak pernah naik dan tak pandai berenang. Tawakal jer la.. Aku juga pernah terjatuh di tebing sungai yang berlumpur dengan beg bekalan makanan dan pakaian yang dibawa dari rumah di Sibu. Yang paling tak dapat dilupakan rumah generator lama(pondok buruk....uwaa....but bersyukur kerana ada tmpat berteduh) tmpat aku tinggal dinaiki ular. Uwaaa...seminggu tak tidur nyenyak...sabar jer la...masih terbayang2 saat2 itu...Apapun aku tetap bersyukur kerana disitu la rezeki aku...

Apa yang menyedihkan aku, guru-guru baru sekarang (bukan semua) kebanyakkannya nak melalui proses mengajar ini dengan mudah. Bila dengar nak dihantar ke luar bandar, pedalaman, ulu etc., mulalah buat perangai. Belum bertarung lagi sudah menyerah kalah. Kesian dengan anak2 di sana yang menanti guru tersebut untuk menagih ilmu. Seorang kawan ada bercerita, seorang guru baru telah dtempatkan ke sekolahnya, pada hari dia saampai tu dh menangis sampai bengkak mata sebab tak nak mengajar di situ. Kalau tak silap, sehari selepas dia sampai terus ke pejabat minta ditukarkan ke sekolah lain. Ish....ish...ish....apa punya cikgu la ni... Belum lagi dihantar ke sekolah yang betul2 ulu...sekolah tu tadi masih boleh ulang alik ke bandar. Macam sesi lepas geram la pulak ni...sekadar berkongsi...hehehe..

Tahun ini tahun yang ke-5 aku mengajar di bandar. Memang mencabar. Budak di bandar memang lebih 'advance' dari budak luar bandar. Sesiapa yang pernah mengajar di luar bandar dan mengajar di bandar tahu lah apa yang aku rasa. Apa yang penting, perjuangan harus diteruskan...Mungkin kejutan budaya, tahun pertama aku mengajar di bandar memang agak meritkan pada waktu itu bertambah lagi dalam keadaan diriku yang sarat mengandung. Alhamdulillah aku dapat menanganinya dengan baik.

Kita perlu ingat satu jer, sebagai guru jadikanlah anak didik kita lebih pandai dan lebih bijak daripada kita. InsyaAllah suatu hari anak didik itu pasti menghargai betapa besarnya pengorbanan seorang guru(sebelum menjadi guru dan masih bergelar murid tak pernah rasa perasaan ini...) Oleh itu, wahai pendidik sekalian, didiklah anak muridmu selagi termampu dan jangan lokek dengan ilmu. Ilmu itu akan menjadi warisan...Biarlah kita dikenang sebagai seorang guru yang terbaik di mata anak murid kita..


::SEORANG GURU YANG JUJUR HARUS BERNIAT AGAR MURIDNYA LEBIH PINTAR DARIPADANYA. TETAPI SEORANG MURID YANG JUJUR PULA MENGAKUI KEPINTARAN GURUNYA::

::Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau - Saidina Umar Al-Khattab::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.