Selasa, 23 Mac 2010

monday sickness...

Sememangnya hari ini sungguh memenatkan...tambah lagi baru sahaja terjaga dari cuti yang agak pendek.....hehehhe....ntahlah kenapa isnin memenatkan....sibuk tahap gaban...kuang-kuit, nait-turun...kerja terbengkalai yang harus ditampal di bilik guru 80% dh settle...lega skit...itulah janji apabila cuti berakhir....hari ni macam tak menang tangan...kepak kaki eh...geruk pun sakit...(seminggu dah cuti drpd bersuara berpitching tinggi...)


Bukan aku sahaja yang monday sickness...tapi si amoi ini betul2 sickness.... <---pic ni diambil masa kt PH selepas selesai melahap aiskrim)...dh start tak sihat ptg semalam...


Mana taknya...cuti ni bmain sakan dgn cuzs...non-stop...tgk pic sebelah ni---->> (kecuali yg bbaju oren...budak kecik tue)


Kedemaman ditambah dengan aktiviti menikmati aiskrim tanpa henti secara rally semasa cuti...
Aku pun mengambil kesempatan d ptg ahad ini bgmbr dgn auni...dgn muka yg agak2 ceria dbuat2(sebab isnin dh start kerja)...
Kt sebelah suami dan si kecil(seronok sangat rayyan tapi muka papanya dh tak berapa nak menjadi ceria sebab byk sedutan iklan oleh si kakak...(asyik nak ke toilet jer..)
Ini lah aktiviti ptg ahad aku dan keluarga habiskan bersama sebelum menempuhi hari isnin yg pjg dgn kesibukan bekerja...

::Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia,
iaitu kerja dan bukannya usia~Richard Brinsley Sheridan::

Ahad, 21 Mac 2010

percubaan pertama

Kebanggaanku...walaupun tak seberapa dan tak sehebat yang dijual di kedai2 dan dibuat oleh pakar2, tapi aku tetap bangga sebab mendapat hasil sebegini utk percubaan titik peluhku yg pertama...paling mengujakan, suami, anak suka makan...alhamdulillah dpt juga berkongsi kenikmatan yang Allah beri ini dgn jiran sebelah...tq kak miah (sifu yang mengajar)...i luv u...hehehhe...

::Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah::

kesibukan bermula lagi...

Isnin ini dah mula bersekolah....setelah melalui hari2 cuti yang memenatkan (keluarga dari Sibu dtg)...berakhirlah cuti pada hari ni...penat tapi gembira dpt bertemu dgn keluarga dan anak2 buah yg meriuhkan...sekarang rumah dah kembali sunyi...yang meriuhkan cuma si amoi auni....mula lah buat perangai tak da kawan...si adiklah jadi mangsa....

Isnin ini jugalah pasti suasana pilu menyelubungi kami di sekolah kerana kehilangan seorang anak didik dan rakan kepada kebanyakan murid di sekolah....yang mati lemas pada khamis lepas...pasti kami di sekolah merinduinya yang sentiasa meriuhkan suasana....semoga rohnya dicucuri rahmat...al-Fatihah...aminnn....

Minggu depan kesibukan melanda lagi..sebelum cuti ujian pertengahan sem 1....lepas cuti sibuk pula dgn persediaan utk hari majlis penyampaian sijil dan hadiah sekolah....mc lagi...huh...dlm kesibukan minggu exam hingga terlupa nak prepare persembahan budak2 sesi ptg untuk hari MPSH tu nanti....ingat time korek cue mc baru tersedar dr lena panjang cuti...kamboh lah tok kelak....nasib la ada 2 org guru pelatih yg baik hati dpt memberi bantuan...tq alma n gawai...

::Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa::

Sabtu, 20 Mac 2010

kegemaranku di waktu santai (semasa on9)

Apa lagi, kalau tak ym dan fb dgn teman2 (tapi bukan sampai tahap addicted). "Kegilaan" terbaru (lama la juga) jalan2 di kedai2 alam maya...perempuan biasalah...cuci mata konon2 nya tapi last2 memang tak tahan iman terus jadi pembeli....kena beringat juga lah...kalau tak tahan memang memborong nampaknya...promote sikit, sini la kedai2 tempat aku ronda2 http://wanitamelayu.com/. Cuba klik, pasti melekat!! Hehehe...(sekadar cuci2 mata takpe la kan...bagi mata terang sikit..hehehhe...)

“rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal”

belajar...kerja...belajar...kerja...

Kalau nak tahu sebelum bekerja sebagai pendidik, aku pernah bekerja sebagai data entry clerk di sebuah organisasi yang berpusat di hospital kerajaan. Kerja ini pun sungguh mencabar kerana terpaksa melayan pelbagai kerenah pelanggan. Apa yang penting dalam keadaan emosi bagaimanapun, harus sabar. Itu jer kuncinya. Client is owes rite bak kata org walaupun kdg2 kurang nak rite skit. Komunikasi itu penting. Harus dijaga. Kira setahun lebih juga la bekerja di ofis ni sebelum dpt tawaran masuk ke maktab.

Alam belajar di maktab pun sungguh mencabar. Disebalik cabaran itu, ada rakan2 yang sehati sejiwa (bukan sehati berdansa)... Disebabkan aku lewat masuk maktab, kebanyakan rakan2 memanggilku kakak. Rasa org penting la pulak (perasan)...hehehhe...aku bukan setakat teman, tapi pendengar masalah adik2 ini tentang cinta...lenguh juga mendengar...but frens r forever...apa yg termampu aku tolong nasihatkan...kalau tak betul aku tegur...Mcm2 la kisah rakan2 dan diriku yang masih terngiang2 dan terbayang2 sehingga ke hari ini...Nak diceritakan semua, nanti jadi buku pulak...hehehehe..

"Selamat petang cikgu". Itu ucapan sekarang sebab mengajar sesi petang. Di sekolah yang lama (daerah Selangau) "selamat pagi cikgu". Dulu di luar bandar sekarang di bandar. Sungguh ketara perbezaannya. Bagi aku semua sekolah itu sama,  cuma yang membezakannya bagaimana orang di dalam sekolah itu mentadbirnya. Budak2 pulak, memang amat berbeza. 

Nak cerita pengalaman pertama mengajar di luar bandar dulu memang satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Masa itulah aku sedar betapa besarnya pengorbanan seorang guru yang ikhlas mengajar anak bangsa yang berada jauh diceruk. Aku tahu bahawa ada rakan2 lain yang lebih sukar lagi penempatan mereka mengajar daripada aku. Mendengar pengalaman2 yang diceritakan oleh rakan2 lain, sesungguhnya aku jauh lebih beruntung daripada mereka. Kenapa tidak, sebabnya tempat pertama aku ditempatkan dulu tidaklah sesukar mana. Tetapi sukar kepada mereka yang tak pernah dan tak mahu merasa kesusahan itu..Kalau semuanya bagus, hidup tiada cabaran, tiada cabaran tiadalah pengalaman....dan hidup pasti membosankan...

Aku pernah menaiki perahu. Pengalaman pertama. Memang gerun sebab tak pernah naik dan tak pandai berenang. Tawakal jer la.. Aku juga pernah terjatuh di tebing sungai yang berlumpur dengan beg bekalan makanan dan pakaian yang dibawa dari rumah di Sibu. Yang paling tak dapat dilupakan rumah generator lama(pondok buruk....uwaa....but bersyukur kerana ada tmpat berteduh) tmpat aku tinggal dinaiki ular. Uwaaa...seminggu tak tidur nyenyak...sabar jer la...masih terbayang2 saat2 itu...Apapun aku tetap bersyukur kerana disitu la rezeki aku...

Apa yang menyedihkan aku, guru-guru baru sekarang (bukan semua) kebanyakkannya nak melalui proses mengajar ini dengan mudah. Bila dengar nak dihantar ke luar bandar, pedalaman, ulu etc., mulalah buat perangai. Belum bertarung lagi sudah menyerah kalah. Kesian dengan anak2 di sana yang menanti guru tersebut untuk menagih ilmu. Seorang kawan ada bercerita, seorang guru baru telah dtempatkan ke sekolahnya, pada hari dia saampai tu dh menangis sampai bengkak mata sebab tak nak mengajar di situ. Kalau tak silap, sehari selepas dia sampai terus ke pejabat minta ditukarkan ke sekolah lain. Ish....ish...ish....apa punya cikgu la ni... Belum lagi dihantar ke sekolah yang betul2 ulu...sekolah tu tadi masih boleh ulang alik ke bandar. Macam sesi lepas geram la pulak ni...sekadar berkongsi...hehehe..

Tahun ini tahun yang ke-5 aku mengajar di bandar. Memang mencabar. Budak di bandar memang lebih 'advance' dari budak luar bandar. Sesiapa yang pernah mengajar di luar bandar dan mengajar di bandar tahu lah apa yang aku rasa. Apa yang penting, perjuangan harus diteruskan...Mungkin kejutan budaya, tahun pertama aku mengajar di bandar memang agak meritkan pada waktu itu bertambah lagi dalam keadaan diriku yang sarat mengandung. Alhamdulillah aku dapat menanganinya dengan baik.

Kita perlu ingat satu jer, sebagai guru jadikanlah anak didik kita lebih pandai dan lebih bijak daripada kita. InsyaAllah suatu hari anak didik itu pasti menghargai betapa besarnya pengorbanan seorang guru(sebelum menjadi guru dan masih bergelar murid tak pernah rasa perasaan ini...) Oleh itu, wahai pendidik sekalian, didiklah anak muridmu selagi termampu dan jangan lokek dengan ilmu. Ilmu itu akan menjadi warisan...Biarlah kita dikenang sebagai seorang guru yang terbaik di mata anak murid kita..


::SEORANG GURU YANG JUJUR HARUS BERNIAT AGAR MURIDNYA LEBIH PINTAR DARIPADANYA. TETAPI SEORANG MURID YANG JUJUR PULA MENGAKUI KEPINTARAN GURUNYA::

::Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau - Saidina Umar Al-Khattab::

keluarga kecilku...(setakat ini)



Ha...inilah hari paling bersejarah dalam hidupku...menjadi isteri kepada seorang jejaka(sekarang dah jadi bapa) yang bernama Safri Ali bin Othman...mcm mana kenal? Semuanya gara2 sms d @15 ...salah orang...last2 jadi lain lah pulak...hehehe...dh jodoh...perkenalan tak la lama sangat tapi itu lah ketentuanNya...



Inilah hasil buah cinta kami yang pertama, Auni Rasyiqah. 22 November ini genaplah usianya 4 tahun. Aduh...sentiasa kecoh dgn si amoi ini. Ada saja aktiviti yang dia nak buat...tak kenal erti penat lelah...hehehhe...sapa yang kenal tahu lah amoi ni mcm mana....pot pet pot pet...tido baru senyap....fuhh...


Si comel ni pula dilahirkan pada hari Malaysia, 16 September 2009...seronoknya diumumkan cuti umum...kesiannya dia sehingga ke hari ini menjadi mangsa kegarangan kakaknya..agaknya rayyan dah save apa yg kakak dia buat kat dia...tunggu kakak...jeng...jeng...jeng...sungguhpun begitu kakak tetap sayang adik walau garang mcm mana pun...

::Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya ~ Emerson::

tentang seseorang (aku)

Dilahirkan pada 26 Oktober 1977. Kini, usiaku hampir menjengah ke angka 33. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t. Anak bongsu daripada 9 orang adik-beradik. Tepat pada 26 Ogos 2005 aku telah menjadi isteri orang.


Perkahwinan ini telah masuk tahun yang ke-5 (tak terasa dah 5 tahun). Dikurniakan seorang anak perempuan pada 22 November 2006 dan seorang bayi lelaki pada 16 September 2009.

Apa lagi tentang diri "seseorang" ini....mmm...tak tahu nak mula dari mana....nak cerita dr kecil, nanti tak muat la pulak hamparan ni...hehehe...cukup setakat ini kot...(nanti update lagi)

::Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna::